Thursday, 6 April 2023

AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN

 1. MENYAMBUT PERAYAAN DAN FESTIVAL KEBUDAYAAN




 Hari Raya Aidilfitri



                                Hari Wesak




Hari Deepavali




Festival Kebudayaan dapat membawa orang dari pelbagai latar belakang bersama-sama untuk merayakan dan menghargai pelbagai budaya dan tradisi yang berbeza. Ini boleh membantu mengurangkan sifat perkauman dalam kalangan masyarakat dan melahirkan sifat toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain.


2. PERTANDINGAN SUKAN




Pertandingan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan budaya dapat membantu memupuk semangat persaudaraan dan kebersamaan. Sukan dapat membawa orang bersama-sama untuk merayakan kejayaan dan mendorong orang untuk bekerjasama demi mencapai matlamat yang sama. 


3. PERTUNJUKAN SENI KEBUDAYAAN


Wayang Kulit merupakan satu seni persembahan teater tradisional yang popular di kalangan masyarakat Asia Tenggara. Sebelum kedatangan media elektronik, wayang kulitlah menjadi salah satu seni hiburan kepada masyarakat setempat. Kebiasaannya, wayang kulit dipersembahkan dalam upacara-upacara keramaian dan kadang kalanya dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Wayang kulit adalah satu persembahan yang menggunakan konsep cahaya dan bayang. Cahaya akan dipancarkan di belakang kelir dan patung-patung wayang yang diperbuat daripada kulit haiwan itu pula akan digerak-gerakkan diantara kelir dan cahaya. Lalu membentuk bayang-bayang dihadapan kelir.

Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka.

Tarian Singa ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gongdram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.



No comments:

Post a Comment

BAGAIMANAKAH AKTIVITI KEBUDAYAAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN KAUM?

         Salah satu cara aktiviti kebudayaan boleh menjalinkan perpaduan kaum adalah dengan menggalakan interaksi dan dialog antara pelbagai...