AKTIVITI KEBUDAYAAN YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN

 1. MENYAMBUT HARI PERAYAAN DAN FESTIVAL KEBUDAYAAN





 Hari Raya Aidilfitri




                                          Hari Wesak


 Hari Deepavali





Menyambut hari perayaan dan festival kebudayaaan dapat membawa orang dari pelbagai latar belakang bersama-sama merayakan dan menghargai pelbagai budaya dan tradisi yang berbeza. Ini boleh membantu mengurangkan kebencian dan mempromosikan toleransi dan penghormatan antara satu sama lain.


2. MENGANJURKAN PERTANDINGAN SUKAN RAKYAT



Menganjurkan pertandingan sukan rakyat dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal demikian kerana pertandingan ini melibatkan pelbagai kaum dan bangsa yang boleh membantu melahirkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam diri masyarakat. Sukan dapat membawa masyarakat bersama-sama untuk mengejar kejayaan dan mendorong mereka untuk bekerjasama demi mencapai matlamat yang sama.


3. MENGADAKAN PERTUNJUKAN SENI BUDAYA

Pertunjukan seni budaya seperti teater, tarian dan muzik juga dapat menpromosikan kefahaman antara pelbagai kaum dan budaya. Pertunjukan ini dapat menunjukkan kreativiti dan keindahan budaya yang berbeza. Ia juga dapat membantu masyarakat untuk memahami perbezaan dan persamaan antara budaya mereka.

Wayang Kulit merupakan sejenis teater tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara sebelum kedatangan pelbagai seni hiburan dan persembahan moden yang kebanyakannya berasaskan media elektronik.Wayang Kulit merupakan satu bentuk persembahan teater yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dimainkan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali.

Kathak merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka. Ia pada asasnya merupakan teater, menggunakan alatan dan bunyi muzik bersama gerak tangan, bagi menghidupkan penkisahan. Dalam bentuk kini terkandung bekas tarian kuil dan adat, dan pengaruh pergerakan bhakti.

Tarian Singa merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina yang mana penarinya meniru pergerakan singa dengan memakai kostum singa. Kostum singa dipersembahkan oleh dua orang penari, seorang di hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, dan seorang di belakang.













No comments:

Post a Comment

BAGAIMANAKAH AKTIVITI KEBUDAYAAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN KAUM?

         Salah satu cara aktiviti kebudayaan boleh menjalinkan perpaduan kaum adalah dengan menggalakan interaksi dan dialog antara pelbagai...